Batu Pahat, 26 Jun 2025 (Khamis) – Sekolah Rendah Islam Tahfiz (SRIT) Parit Raja telah mencipta kejayaan membanggakan dalam Ihtifal ‘Ilmi Peringkat Daerah Batu Pahat 2025, yang berlangsung di Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin dan institusi sekitar Batu Pahat.
Acara tahunan anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat ini mempertemukan sekolah-sekolah Islam seluruh daerah dalam pelbagai pertandingan ilmu dan bakat, melibatkan kategori Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, Seni Khat, Forum, Khutbah, Bercerita, Qasidah/Nasyid, Kitab Turath serta Juru Kira.
SRIT Parit Raja telah menyertai pelbagai kategori dan memperoleh pencapaian membanggakan dalam beberapa acara:
Johan – Bercerita Kisah Al-Quran (Banat)
Naib Johan – Kalam Jamaie
Naib Johan – Seni Khat (Banin)
Tempat Ketiga – Syarahan Bahasa Inggeris (Banin)
Tempat Ketiga – Syarahan Bahasa Arab (Banin)
Tempat Keempat – Nasyid (Banin)
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar yang telah berlatih bersungguh-sungguh di bawah bimbingan guru-guru yang komited. Ia juga mencerminkan kualiti pendidikan dan semangat juang warga SRIT Parit Raja dalam menjulang syiar Islam melalui pentas ilmu dan bakat.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan moral dan spiritual.
SYABAS & TAHNIAH
"Siiru ‘ala barakatillah – Teruskan melangkah dengan keberkatan Allah SWT."