> Depan | > Sejarah  | > Guru-guru | > Yuran | > Lagu | > Kelayakan | > Hubungi Kami

 

SEJARAH SEKOLAH

 

 

 

SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ

Sekolah Rendah dan Menengah At Tahfiz (SRMIT) telah ditubuhkan pada Januari 1997 bermula dengan pendaftaran seramai 30 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Pada tahun berikutnya, pelajar SRMIT telah bertambah kepada 480 orang pelajar dan perkembangan ini memaksa operasi SRMIT dipindahkan ke empat unit rumah kedai tiga tingkat di Jalan Sena 2, Taman Rinting, Masai Johor. Menjelang tahun 2001, pola pertumbuhan pelajar telah mneingkat sebanyak 1400 orang pelajar. Ini mendorong pihak pengurusan menyewa dan membeli dua blok bangunan yang telah siap dibina di Lot PTP 697, Jalam Mesjid Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor milik Pihak berkuasa Tempatan Pasir Gudang Johor.

Unjuran menunjukkan pada tahun 2003, SRMIT memerlukan 80 bilik darjah yang boleh menampung seramai 2,500 (Dua Ribu Lima Ratus orang pelajar). Berdasarkan sambutan yang diterima menjangkakan bahawa bilangan pelajar SRMIT akan meningkat pada kadar seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah. Jangkaan ini dibuat sehingga tahun 2003.

Selain dengan pertambahan jumlah pelajar dan jumlah kelas, maka pertambahan jumlah guru juga akan turut meningkat seperti jadual di bawah :

TAHUN BIL PELAJAR BIL KELAS BIL GURU
2006 900 40 65
2005 879 35 58
2004 910 55 75
2003 915 55 70

Butir-butir bangunan : 

            Bangunan         :            2 Blok bangunan 5 tingkat

            Alamat             :            Lot PTP 697 Jln Mesjid Taman Mawar,

                                                81700 Pasir Gudang Johor

            Keluasan         :            2.850 hektar (7.042 ekar)

            Pemilik            :            MITT Sdn Bhd

            Kemudahan     :            -     2 buah rumah warden

-         Kantin

-         Surau

-         2 buah pondok pengawal

-         Sebuah rumah pam air & bomba

-         Sub-stesyen TNB

-         20 bilik air setiap blok

-         Bilik Perpustakaan

-         Bilik Makmal

-         Bilik Komputer

-         2 Bilik Guru

-         2 Pejabat Pentadbiran

-         3 Gelanggang Badminton setiap blok

-         Padang bola

-         Garaj tempat letak kereta

-         Kedai Koperasi

-         2 Dewan

-         50 bilik darjah tahun 1 – tahun 6

-         30 bilik darjah tingkatan 1 – tingkatan 5

Peralatan :                   -     kerusi meja murid

-         kerusi meja guru

-         papan putih

-         komputer

-         ohp dan projektor

-         3 unit mesin fotostat

-         peralatan pejabat

-         peralatan sukan

-         peralatan sains

-         alat P&P

Nama Institusi            :

SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ISLAM AT TAHFIZ

1.1            Tarikh kelulusan penubuhan            : 30 September 1999

                Rujukan Kementerian                      : KP(JPS)5195/SRM/85/1(8) dan

                                                                       KP(JPS)5195/SRM/85/2(9)

1.2            No. Pendaftaran Sekolah            :  PPAJ.SPS/2/1/66(9)-9

 

Alamat Institusi  :

LOT PTP 697 JALAN MESJID TAMAN MAWAR

81700 PASIR GUDANG, JOHOR

                        NO TEL  :         SRI            -  07-2532908

                                                SMI            -  07-2520084

                                                FAX            -  07-2541368

 

 

                      

 

 
Hakcipta 2009. Hakcipta Terpelihara