Alhamdulillah. Syukur atas limpahan anugerah yang Allah kurniakan buat Permata MITT yang berjaya dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
CALON SRIT :
8A : 35 orang
7A : 5 orang
6A 2B : 11 orang
CALON DARUL QURAN :
8A : 3 orang
Kalungan ucapan Syabas & Tahnias, Alfu Mabruk dari seluruh Warga MITT khusus buat kesemua pelajar yang cemerlang, juga kepada para Assatizah MITT yang bertungkus lumus menyumbang ilmu dan pengorbanan, serta para ibu bapa dan penjaga yang tak pernah mengenal lelah memberikan dorongan dan sokongan.
Semoga kita semua beroleh rahmat dan barokah dari Allah dari semasa ke semasa.
Siiru ala barokatillah.
Semoga pencapaian yang diperolehi menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus cemerlang di masa akan datang. Sesungguhnya keputusan yang telah diperolehi merupakan salah satu dari tarbiah dari Allah untuk menjadikan kita hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Siiru ala barakatillah.
SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023 BOLEH DIBUAT PADA
TARIKH : 18 APRIL 2024 - 2 MEI 2024
PAUTAN : https://semakan.islam.gov.my/
MASA : Bermula Jam 12.00 tengah hari.
Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui perkhidmatan mySMS.
Taip UPKK <NO MYKID> <NO ANGKA GILIRAN> Dan Hantar Ke 15888.
Seluruh Warga MITT ( SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ, DARUL QURAN MITT, SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA DAN MAAHAD AT-TAHFIZ CHAMEK ) Mengucapkan Salam Aidilfitri, taqabbalallaahu mnna wamnkum, Maaf Zahir dan Batin
Siru ala barakaatillah
Alhamdulillaah, pada tanggal 4 April ( Khamis ) bersamaan dengan 24 RAMADAN 1445H, MITT PASIR GUDANG telah mengadakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN dan majlis berlangsung dengan lancar seperti yang direncanakan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini. Semoga usaha ini diberkati Allah.
Siiru ala barokatillah.