Alhamdulilllaah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MITT 2024 telah disempurnakan pada 05/05/2024 (Ahad) di Dewan Terbuka MITT.
Majlis yang dihadiri oleh Ibu bapa dan Penjaga pelajar Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz dan Darul Quran MITT berlangsung dengan penuh meriah.
Cuaca yang baik menambahkan lagi kelancaran Majlis yang dimulai dengan Selawat, Doa dan Ucapan Mudir Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz iaitu Ustaz Abd Razak Bin Borhan.
Majlis diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Dato' Haji Amir Danuri (Panel Rayuan Mahkamah Syariah Negeri Johor dan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Al-Rashid Johor Bahru).
Seterusnya majlis diteruskan dengan 5 buah persembahan pelajar dan di akhiri dengan jamuan.
Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih khusus buat Penceramah Undangan Dato' Amir Danuri kerana sudi memenuhi undangan kami. Juga penghargaan kepada jemputan VVIP yang lain yang turut sama hadir, juga kepada barisan pentadbiran MITT, guru-guru, kakitangan bukan akademik, para ibu bapa dan penjaga, para pelajar, para penyumbang yang ikhlas, dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Siru ala barakatillah.