Latihan gigih dan intensif dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan stamina, mental dan fizikal para peserta dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Tidak lain dan tidak bukan ia bertujuan memastikan keazaman yang terpahat untuk memperolehi tempat di dalam pertandingan dapat digapai dengan penuh gemilang. Doa dan sokongan kita insyaAllah akan dapat membantu mereka mencapai impian. Semangat dan iltizam inilah yang akan membantu mereka kelak untuk cemerlang di dalam akademik dan kehidupan mereka sebagai "Dai'e" di masa depan. Siiru ala barakatillah.