Program : Kursus Kepimpinan Murid
Hari : Sabtu
Tarikh : 27 April 2024
Program : Kursus Kepimpinan Murid
Hari : Sabtu
Tarikh : 27 April 2024
ALHAMDULILLAAH PROGRAM ZIKIR ISTIGHOSAH MINGGUAN TELAH DILAKSANAKAN PADA :
Tarikh : 25 April 2024 / 16 Syawal 1445H
Hari : Khamis
Masa : 3.45 petang
Tempat : Kelas Tahfiz Banin
Pimpinan : Ustaz Hairul Anuar Bin Aiait
Agenda Program :
๐ธ Zikir Istighosah
๐ธ Bacaan Yassin
๐ธ Tazkirah oleh
Sekitar keputusan UPKK 2023 SRIT Parit Raja, sejumlah 31 orang calon dari 49 orang memperolehi keputusan Cemerlang 8A.
Seramai 4 dari orang pelajar cemerlang tersebut merupakan Pelajar Terbaik Peringkat Daerah Batu Pahat sesi 2023.
Sekalung penghargaan, syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya, juga kepada para assatizah juga ibu bapa dan penjaga yang telah bertungkus lumus dalam mempersiapkan anak-anak untuk menduduki peperiksaan ini. Semoga kita diberkati Allah.
Siiru ala barokatillah.
Alhamdulillah aktiviti usrah mingguan bagi tahap dua dapat dijalankan bertempat di Surau MITT. Di antara pengisian pada kali ini ialah tazkirah bertajuk ADAB TERHADAP GURU. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Faizzi begitu mendapat perhatian murid-murid yang turut serta dengan isi penyampaian yang sangat menarik. Kesemua murid mengutip intisari tazkirah ke dalam buku rekod usrah masing-masing sebagai ingatan dan panduan di masa mendatang. Semoga kita beroleh barokah dan rahmat dari Allah SWT.
Siiru ala barakatillah.
ALHAMDULILLAAH PROGRAM MARHABAN SMIT TELAH DAPAT DIJAYAKAN SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :
Hari : Rabu
Tarikh : 15 Syawal 1445H
Masa : 10.30pg - 12.30tghari
Tempat : Di kelas masing-masing
Para assatizah dan pelajar SMIT mengenakan baju raya masing-masing menambahkan lagi kemeriahan program ukhuwah ini. Konsep juadah yang berkonsepkanย 'Pot Luck' begitu membuka selera dan menyemarakkan lagi semangat ukhuwah sempena Syawal kali ini.