Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ๏ทบ dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ๏ทบberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.
Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan Allah ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู kepada Nabi Muhammad ๏ทบ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Firman Allah ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู:
ุจูุณูู ู ูฑููููููู ูฑูุฑููุญูู ูููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู
ูฑููุฑูุฃู ุจููฑุณูู ู ุฑูุจูููู ูฑูููุฐูู ุฎููููู ๏ดฟูก๏ดพ ุฎููููู ูฑููุฅููุณูููฐูู ู ููู ุนููููู ๏ดฟูข๏ดพ ูฑููุฑูุฃู ููุฑูุจูููู ูฑููุฃูููุฑูู ู ๏ดฟูฃ๏ดพ ูฑูููุฐูู ุนููููู ู ุจููฑููููููู ู ๏ดฟูค๏ดพ ุนููููู ู ูฑููุฅููุณูููฐูู ู ูุง ููู ู ููุนูููู ู ๏ดฟูฅ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5). [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].