TAHNIAH! TIGA PELAJAR SRIT PASIR GUDANG TERPILIH WAKILI JOHOR KE PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL
SRIT Pasir Gudang, 20 April 2025 (Sabtu) – Kejohanan Memanah Tradisional Johor sempena Pemilihan Atlet Wakil Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat antara peserta dari seluruh negeri. Kejohanan ini menjadi medan penting bagi memilih pemanah terbaik untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.
Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz (SRIT), Pasir Gudang amat berbangga apabila tiga orang pelajarnya telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang dan seterusnya terpilih sebagai wakil negeri Johor ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan.
Senarai Pemenang:
Kategori Bawah 9 Tahun (Lelaki)
๐ฅ Johan: Muhammad Zarrul Nafis bin Zaini
Kategori Bawah 12 Tahun (Lelaki)
๐ฅ Tempat Ketiga: Ahmad Warith Lutfi bin Azmi
Kategori Bawah 12 Tahun (Perempuan)
๐ฅ Tempat Ketiga: Izz Nayli Hanania binti Mohd Fairul
Ketiga-tiga atlet ini akan menyertai Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada:
๐
Tarikh: 30 Mei – 1 Jun 2025
๐ Tempat: Melaka
Mereka bakal membawa cabaran negeri Johor dan bersaing dengan wakil-wakil dari seluruh Malaysia dalam usaha merebut pingat emas dalam acara memanah tradisional.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para assatizah yang telah bertungkus-lumus membimbing, melatih dan menyuntik semangat juang kepada para pelajar. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong, baik dari segi moral mahupun penyediaan peralatan memanah yang nilainya bukanlah murah.
Semoga usaha dan pengorbanan semua pihak ini membuahkan hasil yang gemilang di peringkat kebangsaan. Sama-sama kita doakan agar pasukan Johor, khususnya para atlet dari SRIT Pasir Gudang, berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri dengan membawa pulang sebanyak mungkin pingat emas.
Syabas dan tahniah! Teruskan usaha dan semangat juang demi agama, bangsa dan negara.
Siiru ala barakatillah
"Membentuk Generasi Al-Quran"
-AJ-
SRIT PASIR GUDANG, 20 April 2025 – Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz (SRIT) Pasir Gudang dengan penuh rasa syukur dan bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Zarrul Nafis bin Zaini atas kejayaan cemerlang beliau dinobatkan sebagai Johan Kategori Bawah 9 Tahun (Rendah) dalam Kejohanan Memanah Tradisional Johor Peringkat Negeri, yang telah berlangsung pada Sabtu, 20 April 2025.
Kejohanan ini merupakan medan pemilihan rasmi atlet negeri Johor bagi menyertai Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan seperti berikut :
๐
Tarikh: 30 Mei – 1 Jun 2025
๐ Tempat: Melaka
Kejayaan adik Zarrul Nafis bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan seusia untuk terus berani mencabar potensi diri dalam pelbagai bidang, termasuk sukan warisan seperti memanah tradisional.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurus dan jurulatih yang telah mencurahkan usaha, masa dan kepakaran dalam membimbing atlet muda ini:
Ustazah Julaiha binti Abdullah (Ketua Jurulatih)
Ustaz Nur Muhammad Syahid bin Sanusi
Ustazah Nurul Asmah binti Mohd Yusop
Ustazah Maslina binti Sanusi
Pencapaian ini adalah hasil gabungan usaha gigih, disiplin diri, doa ibu bapa serta bimbingan berterusan daripada warga pendidik yang komited. Semoga adik Zarrul Nafis terus berjaya di pentas kebangsaan, seterusnya mencipta nama sebagai atlet muda berbakat yang membanggakan negeri dan negara.
Pihak SRIT Pasir Gudang turut menyeru seluruh warga sekolah untuk menjadikan kejayaan ini sebagai motivasi untuk terus menggilap bakat, membina sahsiah dan mengangkat martabat ummah melalui pelbagai bidang.
Doakan kejayaan pasukan memanah MITT dan kontinjen Johor agar dikurniakan kejayaan, kekuatan dan ketepatan dalam memburu kejuaraan di peringkat kebangsaan.
๐ "Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat"
๐ "Sฤซrลซ ‘alฤ barakatillฤh"
๐ "Membentuk Generasi Al-Quran"